ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Myvi pandu melulu positif dadah, polis temui ganja dan syabu dalam beg silang

Tular

Views

Tindakan orang awam membantu mengejar sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu secara berbahaya di Jalan Batu Ferringhi, di Georgetown semalam akhirnya membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan.

Tangkapan suspek lelaki berusia 30-an itu dilakukan sepasukan polis selepas bertindak mengejarnya hampir 7 kilometer (km), dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya telah mengesan beberapa klip video tular di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu melulu di Jalan Batu Ferringhi menghala ke Teluk Bahang yang turut menyebabkan berlakunya kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan lain.

“Dalam video tersebut, anggota polis dan beberapa orang awam dilihat cuba mengarahkan kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan untuk berhenti namun pemandu berkenaan enggan memberhentikan kenderaannya.

“Pihak polis kemudiannya telah berjaya menangkap suspek dan hasil pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai bahan-bahan disyaki dadah jenis ganja dan syabu di dalam beg silang milik suspek,” katanya, hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beritahu beliau, semakan pihak polis juga mendapati suspek memiliki satu rekod tangkapan bersangkut kes jenayah lampau dan dua rekod tangkapan kes dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, pihak polis turut menjalankan siasatan selari ke atas suspek di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply