Maxim E-hailing telah mendermakan bangku di beberapa kawasan awam dan ini merupakan kerjasama berterusan bersama organisasi dan majlis perbandaran untuk memberikan khidmat kepada penduduk dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik.
Penyediaan bangku ini merupakan penyelesaian bagi menampung keperluan untuk yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk menyediakan tempat untuk penduduk berehat dan bersantai.
Ia terletak di kawasan penduduk ramai seperti universiti, stesen bas, pusat membeli belah, kawasan menunggu, stesen kereta api, sekolah, tempat beriadah dan pusat sukan.
Kemudahan ini adalah keperluan daripada sesetengah golongan seperti orang tua, wanita hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya, dan keluarga yang mempunyai anak kecil.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Mereka selalu menggunakan bangku untuk duduk semasa menunggu atau berehat setelah penat berjalan serta bersantai.
Wakil dari pihak Maxim E-hailing, menyatakan bahawa bangku yang disediakan akan meningkatkan keselesaan pengunjung dan mengurangkan suasana sesak di kawasan awam.
Buat masa ini, jumlah kesulurahan bagi bangku ialah 374 buah dan terletak di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kuala Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut pengurusan dari salah satu universiti tempatan, pihaknya amat berterima kasih dengan Maxim bagi menyediakan bangku berhampiran pintu masuk universiti di mana biasanya pelajar atau pengunjung menunggu pengangkutan mereka.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tambahnya, pihak universiti juga sedang mengusahakan lebih banyak bangku di setiap asrama, yang boleh digunakan oleh pelajar untuk berehat.
Wakil dari salah satu pusat sukan pula berkata, Maxim telah menyediakan 5 buah bangku di hadapan gelanggang futsal dan badminton, ini sangat berguna untuk setiap pengunjung fasiliti itu.
Jelasnya, bangku ini digunakan untuk bersantai sebelum, dan selepas perlawanan, sebagai tempat duduk penyokong, dan juga semasa persiapan sebelum perlawanan bermula.
Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, pihaknya menyediakan bangku percuma di beberapa lokasi seluruh Malaysia, di mana mereka bekerjasama dengan organisasi dan juga kerajaan untuk menambah baik kemudahan.
Tambah beliau, memandangkan ini mampu juga membantu pertumbuhan infrastruktur setiap bandar, pihaknya menyasarkan beberapa lagi lokasi seperti di taman permainan, sekolah, universiti, kawasan pengangkutan awam dan banyak lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI