ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Perodua Alza dalam video tular ditahan

Berita Tempatan

Views

Susulan dari kenyataan media Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di laman Facebooknya berkenaan satu video tular di media sosial semalam, pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai serta anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

Pasukan ini kemudiannya telah menahan seorang wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut kenyataan itu lagi, tiga orang kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang. Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu.

Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warganet yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

Pihak JSPT sekali lagi menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply