ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik bengkel jual Proton Iswara Aeroback terpakai kepada warga emas, harga RM1 je!

Tular

Views

Seorang pemilik bengkel kereta di Gangsa Durian Tunggal di Alor Gajah menjual sebuah Proton Iswara Aeroback terpakai kepada seorang warga emas dengan hanya RM1.

Menurut Sinar Harian, Shikh Muhammad Makhdad Haron, 48, yang merupakan pemilik Makdad Workshop menjual kereta berkenaan kepada Isa Abdul Ghani, 72, seorang penjual roti canai segera.

Shikh Muhammad berkata, hatinya tersentuh apabila dimaklumkan rakannya mengenai kesempitan hidup dilalui warga emas terbabit yang terpaksa menjual roti canai segera di kedai-kedai dan kantin sekolah demi kelangsungan hidup.

Dia bagaimanapun berkata, wang RM1 itu hanyalah simbolik untuk menginfakkan kereta berkenaan supaya memudahkan Isa menghantar tempahan disebabkan tidak mempunyai kenderaan sendiri.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, sebelum ini, pak cik Isa mempunyai sebuah kereta tetapi terpaksa dijualnya kerana sering mengalami kerosakan.

Tambahnya, dengan kelebihan dan kemahiran yang ALLAH SWT berikan kepadanya sebagai seorang pemilik bengkel kereta, dia terpanggil untuk membantu warga emas itu walaupun nilainya tidak seberapa.

Shikh Muhammad yang juga mesra dengan panggilan Pak Ngah berkata, Proton Iswara Aeroback itu merupakan kenderaan ketiga yang telah diinfakkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Sebelum ini, dia telah menginfakkan sebuah kereta kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak ramai dan hanya bergerak menggunakan motosikal.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, Isa berkata, selepas menjual keretanya, dia buntu apabila sukar untuk bergerak, lebih-lebih apabila mendapat tempahan sebanyak 800 keping roti canai.

Berasal dari Kampung Semabok Dalam, Isa berkata, meskipun sudah dimamah usia, selagi mempunyai kudrat dan kesihatannya baik, dia akan terus berdikari untuk menyara isterinya berusia 76 tahun.

Katanya, memang dia mempunyai seorang anak, namun anaknya juga mempunyai tanggungan keluarga. Syukur ALLAH SWT masih memberikan rezeki kesihatan kepada dirinya.

Tambahnya, bila ada orang yang berikan kereta ini untuk memudahkannya menjual roti canai, dia terharu kerana masih ada insan yang prihatin.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shikh Mohd Makhdad

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply