ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Ranger putih kena kepung ‘geng supercar’ ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes konvoi kereta mewah berhenti di Kilometer (KM) 34, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak sehingga menghalang lalu lintas pada Jumaat lalu.

Sinar Harian melaporkan, wanita berkenaan dipercayai pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang didakwa menjadi punca konvoi kereta mewah berkenaan berhenti di tengah lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi pada Isnin.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Jelasnya, polis telah mendapatkan perintah reman mahkamah selama tiga hari ke atas suspek sehingga 23 Mac ini.

Ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu.

Kejadian berkenaan tular di laman sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di laluan lebuh raya sehingga menghalang lalu lintas.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menurut Beng Yeow, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada jam 6.10 petang pada Jumaat lalu.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah Ford Ranger yang cuba memotong konvoi kumpulan kereta mewah secara berbahaya sebelum melanggar salah sebuah kereta itu ketika memasuki lorong kiri.

Akibat pelanggaran itu, konvoi kereta mewah terbabit bertindak memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya berikutan rasa tidak berpuas hati dan menyebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply