ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery catat jualan 60,000 unit pada Februari, satu pertiga daripadanya adalah eksport

Berita Tempatan

Views

Chery berjaya menjual sebanyak 60,419 kenderaan pada Februari, mewakili peningkatan 26.4 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Ini termasuk 19,997 unit di luar China (meningkat 9.3 peratus). Jualan Chery bagi dua bulan pertama 2022 kini berjumlah 147,459 kenderaan (meningkat 17.3 peratus), termasuk eksport 46,897 kenderaan (meningkat 33.9 peratus).

Walaupun masalah kekurangan bekalan cip global masih ‘tiada penghujung’, Chery International telah mencapai pengembangan jualan yang menggalakkan menerusi pelancaran produk dan teknologi baharu, serta terus mencipta lebih nilai bagi para pengguna.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Berdasarkan data Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave), Chery kekal antara sembilan jenama terlaris di Brazil dari segi kenderaan penumpang, dengan jualan 3,241 unit pada Februari.

Jualan setakat tahun ini berjumlah 6,372 unit, mewakili 3.36 peratus pasaran kenderaan penumpang. Model Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen kereta dengan penguasaan pasaran 5.35 peratus dan pelancaran Tiggo 5X Pro pada Februari turut mendapat sambutan baik.

Di Chile, menurut data Asociación Nacional Autoriz de Chile A.G. (ANAC), jualan Chery pada Februari melonjak 63 peratus, sekali gus menguasai 7.7 peratus pasaran.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Syarikat tersebut menduduki tempat kedua antara semua jenama automotif dan jualan setakat tahun ini meningkat 114 peratus, manakala model Tiggo 2 kekal menjadi SUV terlaris di negara itu.

Setakat ini, terdapat lebih 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia, termasuk dua juta pengguna di luar China.

Dengan enam pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 10 pusat pengeluaran dan lebih 1,500 pusat jualan dan servis di luar China, kapasiti pengeluaran Chery di luar China mampu mencapai 200,000 unit setahun.

Chery telah menjadi pengeksport kenderaan penumpang Nombor 1 di China selama 19 tahun berturut-turut. Syarikat itu akan terus berusaha ke arah sasaran eksport tahunannya sebanyak 400,000 kenderaan dan mempertingkatkan lagi strategi globalisasinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply