Perlumbaan pusingan pertama musim kelima “Vios Challenge” hujung minggu ini begitu istimewa bagi pelumba muda Adele Lew dan bapanya Eddie Lew untuk pertama kalinya akan bertarung di litar.
Ini juga merupakan kali pertama pasangan anak perempuan dan bapa akan bersaing di dalam mana-mana siri perlumbaan tempatan.
Kata Adele, ini satu pengalaman yang baharu dan begitu istimewa bagi mereka berdua. Bayangkan berapa lama ayahnya sudah berkecimpung di dalam arena sukan permotoran negara untuk membolehkan dirinya bersaing dengan anaknya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Adele yang kini berusia 20 tahun, manakala ayahnya 48 tahun dan merupakan seorang pelumba yang cukup berpengalaman.
Adele juga merupakan salah seorang dari 6 pelumba muda yang menyertai kategori Rookie dan Program Pembangunan Pelumba Muda GAZOO Racing yang dikendalikan oleh UMW Toyota Motor.
Program tersebut mengetengahkan pelumba-pelumba berusia di antara 16 hingga 20 tahun yang beralih dari sukan go-kart dan perlumbaan simulator ke litar.
Adele mengakui beliau menyertai kategori Rookie dengan pengalaman yang begitu terhad. Malah beliau hanya mula berjinak-jinak dengan sukan go-kart tahun lepas.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Tambahnya, dia mula meminati sukan permotoran sejak berusia tiga tahun. Adele selalu mengikut ayahnya ke litar Pasir Gudang di Johor ketika beliau berlumba.
Pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur ini berkata, persiapan yang dibuatnya banyak bergantung kepada simulator dan berkomunikasi dengan ayahnya melalui panggilan telefon.
Mereka akan berbual berjam-jam di dalam talian kerana dia di Kuala Lumpur manakala ayahnya di Johor. Apabila berpeluang untuk berjumpa, ayahnya banyak mengajarnya teknik-teknik berlumba seperti garisan perlumbaan dan cara-cara membrek.
Ayahnya seorang mentor yang terbaik dan Adele berharap boleh membanggakan ayahnya dengan prestasi yang terbaik semasa perlumbaan nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
KOMEN TERKINI