ARKIB

KATEGORI

Tular

Warga emas pandu Perodua Myvi lawan arus ditahan

Tular

Views

Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, di Iskandar Puteri pada Isnin susulan tindakannya memandu melawan arus di 13.1J Lebuhraya Linkedua, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pada jam 9.15 malam Ahad, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri menerima maklumat berkaitan satu video tular di media sosial Facebook.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna kelabu dipandu secara berbahaya dengan melawan arus.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek berusia 74 tahun, berasal dari Segamat dan baru pertama kali datang ke Johor Bahru.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketika kejadian, suspek dalam perjalanan ke rumah rakannya di Johor Bahru dan telah masuk ke jalan yang salah sehingga melawan arus sebagaimana yang tular di media sosial.

“Suspek kemudiannya dibawa ke BSPTD bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Iskandar Puteri

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply