ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembonceng motosikal sengaja baling ketuhar gelombang mikro pada cermin depan Ford Fiesta, pemandu cedera

Berita Global

Views

Seorang pemandu di Britain cedera selepas pembonceng motosikal membaling sebuah ketuhar gelombang mikro pada cermin hadapan keretanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kejadian berlaku semasa kereta itu dipandu dengan laju pada waktu malam. Insiden terjadi pada malam 16 Oktober lalu ketika mangsa memandu kereta Ford Fiesta berwarna biru di Heapham Road, bandar Gainsborough.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Serangan itu bermula apabila pemandu kereta melihat dua orang yang menaiki sebuah motosikal tanpa lampu menuju ke arahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan).

Pembonceng itu kemudian membaling ketuhar sebelum melarikan diri, menyebabkan cermin depan kereta mangsa pecah dan kaca berkecai di dalam kereta.

Polis telah memberkas suspek selain percaya bahawa mereka mungkin menjadi dalang kepada beberapa insiden kerosakan lain di bandar itu.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Pihak polis sedang menyiasat laporan kejadian di mana sebuah ketuhar gelombang mikro dilempar pada cermin hadapan sebuah kereta yang sedang bergerak.

Cermin itu rosak dan pemandu kereta cedera, syukur dia tidak parah. Terdapat beberapa laporan jenayah kerosakan kereta di Gainsborough, pada hujung minggu lalu.

Menurut jurucakap Polis Lincolnshire, pihaknya menerima laporan kerosakan pada kenderaan di Corringham Road, Jalan Garfield Street dan Forster Street, di mana saksi melihat seorang penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan barang yang disifatkan sebagai tiang gol dan senjata dipercayai kapak untuk merosakkan kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply