ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lanjutkan waranti transmisi automatik 6-kelajuan X70 CBU kepada 5-tahun dengan perbatuan tanpa had

Berita Tempatan

Views

Ingat tak baru-baru ini kami ada menyiarkan artikel berkenaan isu tular seorang pemilik Proton X70 (CBU) bernama Summer Yippie Yap yang akan menghantar surat peguam kepada Proton berikutan isu transmisi ‘sengguk’ yang masih berulang dan tidak selesai?

Rakan media di Paultan.org memaklumkan, menerusi kenyataan yang dihantar oleh Proton kepada para pengedarnya, pihak Proton telah menyemak semula perlindungan waranti untuk transmisi torque converter enam-kelajuan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Berkuatkuasa serta merta, waranti untuk transmisi auto 6-kelajuan  X70 CBU telah dilanjutkan kepada lima-tahun dengan perbatuan tanpa had. Sebelum ini, transmisi tersebut hanya didatangkan waranti tiga-tahun atau 60,000 km (yang mana yang terdahulu).

Bagi memastikan waranti kekal sah, pelanggan perlu mematuhi selang servis yang ditetapkan oleh pengeluar selama enam bulan atau 10,000 km, dan penggantian waranti komponen transmisi akan diteruskan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Malah, nombor bahagian khusus untuk kenderaan yang telah melangkaui jarak kurang daripada tiga tahun atau 60,000 km, dan nombor yang berbeza bagi kenderaan yang telah melebihi tempoh masa dan perbatuan akan diberikan.

Walaubagaimanapun, semakan polisi waranti untuk Proton X70 ini adalah terhad kepada transmisi sahaja dan tidak melibatkan komponen mekanikal lain, seperti enjin.

Ia juga hanyalah untuk versi X70 yang yang diimport sepenuhnya memandangkan model tersebut kini telah dilengkapi dengan 7-kelajuan dwi-cekam (DCT) untuk versi CKD sejak Disember 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply