ARKIB

KATEGORI

Tular

Pempengaruh media sosial ‘posing cantik’ di jalan rosak, beri mesej kepada pihak berwajib

Tular

Views

Seorang wanita menggunakan cara tersendiri dengan ‘berposing’ cantik di jalan yang rosak bertujuan memberi mesej kepada pihak bertanggungjawab terhadap kerosakan jalan tersebut.

Wanita yang berasal dari Lampung itu turut memegang kertas dengan pertanyaan kepada pemerintah setempat, kenapa jalan yang rosak di lokasi dia berposing masih tidak dibaiki meskipun telah lama rosak.

Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan yang sudah rosak tidak segera dibaiki.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Untuk kesekian kali ya, kami memohon dan meminta pihak terkait untuk baiki infrastruktur jalan ini,” tulis @ummuhanii89, lapor TvOne.

Dalam perkongsian di Instagramnya itu, Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.

“Jalan ini merupakan akses utama penghubung antara desa dan daerah ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Sudah banyak kerugian yang dialami kami disebabkan oleh kerosakan jalan ini, baik aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Cukup jalan sahaja yang rosak, jangan sampai kepercayaan warga juga turut ‘rosak’ terhadap pemerintah,” tulisnya lagi.

Dalam hantarannya itu juga, wanita berhijab itu turut memetik beberapa nama pemerintah setempat antaranya Bupati Lampung Selatan, Nanang Ermanto dan Naib Bupati Lampung Selatan Pandu Kesuma Dewangsa untuk pemerhatian mereka.

Malah, dia turut memetik nama Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR), Basuki Hadimuljono dan Naib Presiden terpilih Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

Hantaranya itu, ternyata mendapat perhatian warga maya, malah ia dibanjiri komen dan mendapat ribuan tanda suka. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ummuhanii89

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply