ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tindakan geng Honda Jazz dan City Hatchback ‘masak mi segera’ di stesen minyak terima kecaman warganet

Tular

Views

Tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial mendapati, beberapa individu bertindak melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Di dalam video itu turut kelihatan terdapat sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan kumpulan terbabit yang tidak menghiraukan keselamatan dengan menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak selain turut mengganggu pengguna lain.

“Kalau dah buat ‘gathering‘ begini habis orang nak isi minyak tu macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak boleh ke?,” soal Annaz.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Memasak berdekatan dengan stesen petrol? Perangai pelik-pelik jelah puak ni. Dahlah api terbuka pulak tu, sebelah bahan mudah terbakar. Elok sangatlah tu. Harap kena saman,” kata User.

“Buat sesak. Menyusahkan orang lain nak isi minyak. Entah minta kebenaran pemilik stesen minyak ke tak. Kalau tak ada kebenaran, paling kesian cashier (juruwang). Mesti kena maki sebab tak halau dan biarkan geng ni lepak situ,” kata Akhmar.

“Langsung tak fikir keselamatan orang lain. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dekat mereka ini,” kata Mann. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply