ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sunmaju UD jadi syarikat pertama dalam segmen petroleum peroleh trak Euro 5 Quester

Berita Tempatan

Views

Sunmaju Sdn Bhd (Sunmaju), menjadi syarikat pertama dalam segmen petroleum di Malaysia yang menyenaraikan kenderaan komersial terbaharu Euro 5 UD Trucks ke dalam barisan lorinya.

Baru-baru ini, dua unit trak tugas berat Euro 5 Quester yang dibeli oleh Sunmaju menerusi pengedar Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) di Batu Caves telah pun diserahkan kepada mereka.

Sunmaju merupakan sebuah syarikat tempatan yang dibina sejak lebih 20 tahun lalu. Ia memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan hanya dua buah lori tangki diesel.

Pada tahun 2005, syarikat telah membeli trak UD Trucks pertama untuk membantu menjalankan operasi perniagaannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kini, Sunmaju sudah memiliki 57 unit trak UD serta menjadi rakan komersial bahan api sah untuk syarikat-syarikat minyak terkenal seperti Petronas, Shell dan Petron di Malaysia.

Pengarah Sunmaju Sdn Bhd, John Foo berkata, pihaknya berbesar hati dan berbangga kerana menjadi syarikat pertama dalam segmen petroleum di Malaysia yang menggunakan UD Trucks Euro 5 Quester.

Trak tugas berat Euro 5 Quester dan trak tugas sederhana Euro 5 Croner telah diperkenalkan tahun lalu, lebih awal daripada pelaksanaan garis panduan emisi Euro 4 di Malaysia.

Trak-trak yang dipasang secara tempatan (CKD) di kemudahan Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd itu dilengkapi satu ciri utama iaitu teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR) yang berupaya meningkatkan penjimatan bahan api dan perlindungan alam sekitar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengarah Urusan Hub Malaysia UD Trucks, Steve Hedouin berkata, penyerahan trak ini menjadi bukti semangat Sunmaju sebagai perintis dalam mentransformasikan industri, seterusnya berada selangkah di hadapan berbanding pemain lain dalam usaha untuk mengurangkan impak ke atas alam sekitar.

Menurut UD Trucks, trak-trak Euro 5 mampu mengurangkan emisi partikel halus (PM) sehingga 80 peratus dan nitrogen oksida (NOx) sebanyak 60 peratus berbanding trak-trak Euro 3 yang ada sekarang.

Malah, enjin Euro 5 lebih menjimatkan minyak dan kurang emisi CO² berbanding trak Euro 3. Trak Euro 5 Quester dilengkapi dengan ciri-ciri yang dapat meningkatkan produktiviti seperti sistem I-Coaching, UD Connected Services dan kotak gear automatik Escot.

Pengurus Besar Kanan TCIE, Loh Thim Choy ketika majlis penyerahan itu berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat menyokong operasi harian dan memastikan rangkaian trak UD Sunmaju beroperasi dengan lancar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply