ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penasihat Jualan Honda mula ambil tempahan Civic Type R FL5, anggaran harga dari RM350k-RM380k?

Berita Tempatan

Views
The All-New 2023 Honda Civic Type R is the most powerful Type R ever

Ini berita yang mungkin membuatkan jiwa para peminat tegar jenama Honda menjadi kacau dan tak keruan. Menerusi hantaran di Facebook, beberapa individu yang merupakan Penasihat Jualan (SA) bertauliah sudah mula menerima tempahan model Civic Type R FL5.

Model Type R yang paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini akan dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari Jepun dan bakal dilancarkan di Malaysia, tahun depan (2023).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Julat anggaran harga bagi Civic Type R FL5 adalah sekitar RM350,000 hingga RM380,000. Mereka yang berminat perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM3,000. Syarat kelayakan untuk pembeli adalah gaji bersih minima RM10,000 dan ke atas.

Civic Type R FL5 dikuasakan oleh VTEC Turbo 2.0 liter yang menghamburkan kuasa sebanyak 310 kuasa kuda dengan 420 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan manual yang telah dirombak semula.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tayar Michelin Pilot Sport 4Sspoiler ‘besar gedabak’ di bahagian belakang, serombong ekzos kembar tiga, tempat duduk hadapan jenis bucket, brek Brembo dan tambahan mod pemanduan +R.

Model semasa Civic Type R telah diperkenalkan oleh Honda Malaysia semasa Malaysia Autoshow 2017. Hanya satu pilihan warna eksklusif, Championship White ditawarkan dengan tanda harga RM320,000 (tidak termasuk insurans).

Honda Malaysia turut menyerahkan sebuah Civic Type R FK8 sebagai kenderaan pengiring kepada Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sempena meraikan Hari Keputeraan rasmi Baginda pada 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply