ARKIB

KATEGORI

Tular

Pencuri kabel tembaga naik Proton X70 dengan nombor plat palsu diburu polis

Tular

Views

Polis mengesan suspek disyaki cuba mencuri kabel tembaga sepanjang kira-kira 100 meter dari stor simpanan di sebuah pasar raya di sekitar Bangi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 11.53 pagi tadi.

“Pengadu melaporkan kira-kira 8.15 pagi pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan warga Nepal memaklumkan berlaku cubaan menarik kabel dari dalam stor simpanan di pasar raya berkenaan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Proton X70 berwarna kelabu yang menggunakan nombor pendaftaran depan dan belakang yang berbeza disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dua klip video rakaman kamera papan pemuka memaparkan SUV jenis X70 berkenaan cuba melarikan diri selepas dikejar seorang pengawal keselamatan.

Naazron semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati suspek dipercayai tiga lelaki yang menutup muka dan memakai topi.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Katanya, suspek cuba menarik gulungan kabel tembaga menggunakan kereta jenis pelbagai guna (SUV) berkenaan sebelum disedari pengawal keselamatan di aras B1 pasar raya terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 431A/511 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Fadeli Safii di talian 012-5373134 bagi membantu siasatan,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply