ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pencuri sumbat lembu dalam Kancil

Berita Tempatan

Views

Kes curi haiwan ternakan semakin berleluasa dan yang terbaharu kegiatan tersebut berlaku di Kampung Bechah Terap, Melor. Menurut Berita Harian, gerak-geri mencurigakan dua lelaki menaiki sebuah Perodua Kancil membawa kepada pembongkaran kegiatan mencuri seekor lembu yang cuba dilarikan menggunakan kereta itu.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam, pemilik ternakan itu dimaklumkan oleh rakannya mengenai kehilangan lembu yang ditambat di tepi tali air. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal mendapati, penduduk kampung mendakwa melihat sebuah Perodua Kancil dipandu dalam keadaan mencurigakan dengan membawa bersama seekor lembu.

Jelas beliau, tidak lama selepas itu, pemilik lembu berkenaan dan beberapa penduduk kampung terserempak dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek sebelum menahan kenderaan terbabit di tepi jalan Kampung Padang Bemban. Walaubagaimanapun, kedua-dua suspek sempat meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Hasil pemeriksaan penduduk kampung membawa kepada penemuan seekor lembu dalam kenderaan terbabit Beliau berkata, penduduk kampung cuba mengesan kedua-dua suspek sekitar kampung berkenaan sebelum dapat menahan seorang daripadanya kira-kira jam 10 pagi.

Abdul Rahim berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Kampung Panjang. Katanya, penduduk kampung kemudian menghubungi pihak polis dan menyerahkan suspek bersama kenderaan dinaiki serta lembu yang cuba dicuri. Salah seorang daripada suspek masih bebas dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Maya

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply