ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Holding dan Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu tubuh dana RM117.7 juta – Bantu pencegahan dan kawalan Koronavirus

Berita Global

Views

Menerusi satu kenyataan media, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu untuk menubuhkan dana berjumlah 200 juta RMB (RM117.7 juta) bagi menyokong pencegahan dan kawalan epidemik koronavirus di wilayah Hubei, Guangdong, Zhejiang dan Henan, serta kawasan lain di sekitar China yang dilanda wabak tersebut.

Di samping itu, Geely Holding akan terus mengembangkan skala sokongannya mengikut keperluan dan keupayaan wabak itu. Yayasan yang ditubuhkan oleh pengasas Geely Holding, Li Shufu itu akan membeli dan mengedarkan bekalan perubatan yang amat diperlukan termasuk topeng muka, pembasmi kuman, gogal perubatan dan ventilator mengikut keperluan kawasan yang teruk terjejas.

Dana itu juga akan menyokong pembinaan hospital-hospital sementara di kawasan yang terjejas dan memberi bantuan kepada kakitangan perubatan, kakitangan pembinaan, media, dan sukarelawan di barisan hadapan yang sedang memerangi wabak tersebut.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Bantuan juga akan diberikan kepada institusi-institusi seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China dalam pembangunan vaksin dan rawatan untuk penyakit-penyakit baharu seperti koronavirus dan usaha mereka untuk mendidik orang ramai mengenai pencegahan penyakit dan amalan kesihatan awam.

Selain itu, jenama-jenama di bawah Geely Holding termasuk Geely Auto, Lynk & Co, Volvo Cars, Polestar, Geometry, Lotus, Farizon Auto, dan sebagainya akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu dalam memerangi wabak itu.

Geely Holding menyelaraskan anak syarikatnya di luar negara untuk memanfaatkan sepenuhnya kecekapan jejak dan logistik global kumpulan dalam mendapatkan bekalan untuk kawalan dan pencegahan wabak. Mereka juga telah memperoleh lebih daripada 250,000 keping topeng perubatan di Sweden yang akan diedarkan ke kawasan yang terjejas di China dalam masa terdekat.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Syarikat juga akan mendermakan 50 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) ke ke Pusat Arahan Pencegahan dan Kawalan Baharu Koronavirus Wuhan bagi keperluan pengangkutan mereka di wilayah yang terjejas. CaoCao, perkhidmatan seru pandu Geely telah menubuhkan sebuah pasukan pencegahan dan pengendalian wabak kecemasan untuk kawasan Wuhan yang akan menyediakan perkhidmatan mobiliti percuma untuk penduduk di sana.

Semua langkah telah diambil bagi memastikan keselamatan pemandu dalam perkhidmatan mereka. Pusat Operasi Mobiliti CaoCao dan pasukan penghantaran khas akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang hari untuk pencegahan dan kawalan epidemik.

Pada masa yang sama, mereka menggalakkan semua syarikat subsidiari China untuk menyesuaikan masa kerja, mengelakkan laluan pengangkutan awam utama dan memilih untuk bekerja secara dalam talian. Syarikat turut menasihatkan semua pekerja mereka supaya bertenang dan mengambil langkah yang betul dalam tempoh yang sukar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply