Sektor automobil bakal meraih keuntungan berikutan semakan gaji perkhidmatan awam yang akan datang. Menurut AmInvestment Bank, ini kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah menerima kelulusan bank.
Oleh itu, bank pelaburan itu telah membuat semakan semula ke atas jumlah jualan industri (TIV) pada 2024 kepada 750,000 berbanding 740,000 sebelum ini.
“Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik dan pihaknya percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan pemohon pinjaman baharu.”
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
AmInvestment Bank juga yakin Perodua dan Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 43 peratus menjelang penghujung tahun 2024.
Butiran akhir akan diumumkan menjelang 16 Ogos depan. AmInvestment Bank berkata penerima manfaat utama ialah MBM Resources (yang memiliki 20 peratus dalam Perodua), Sime Darby (yang menguasai Perodua sebanyak 38 peratus) dan DRB Hicom yang mempunyai 50 peratus kepentingan dalam Proton.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Ia juga menaikkan unjuran pendapatan MBM Resources bagi tahun kewangan 2024 kepada tahun kewangan 2026 masing-masing sebanyak 3.0 peratus, 5.2 peratus dan 3.7 peratus.
Ini berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam yang bakal melonjakkan jualan kereta terutama bagi segmen kereta mampu milik iaitu model Perodua Axia dan Bezza.
Bank telah mengekalkan saranan “Neutral” pada sektor itu tetapi dengan kecenderungan menaik. – Bernama
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI