ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia ‘beri petanda’ Citroën Basalt akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, menerusi satu hantaran di akaun LinkedIn rasminya memberi ‘petunjuk awal’ ketibaan model SUV Coupé, Citroën Basalt ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Meskipun tiada perincian lanjut berkenaan dengan model tersebut, hantaran tersebut mengesahkan satu lagi model baharu yang akan dilancarkan oleh Stellantis Malaysia dalam tempoh terdekat.

Setakat ini, model yang berasaskan Citroen C3 Aircross itu masih belum dilancarkan secara rasmi. India bakal menjadi destinasi pertamanya, dan versi pengeluaran dijangka membuat kemunculan pada 2 Ogos nanti.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Pencabar terkuat kepada Tata Curvv ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu You, Plus, dan Max. Julat harga jualannya di India dijangka bermula dari Rs. 12.00 Lakh (RM 66,364) hingga Rs. 15.00 Lakh (RM 82,955).

Citroën Basalt akan menggunakan enjin 1.2-liter turbo-petrol yang menjana 110 kuasa kuda dan 205Nm daya kilas, sama seperti C3 Aircross. Pilihan transmisinya pula sama ada 6-kelajuan manual dan 6-kelajuan automatik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Citroën

Citroën Basalt Vision

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply