ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Isuzu terima persijilan tertinggi

Views

Sembilan pengedar Isuzu baru baru ini telah menerima plak Pusat Servis Sah Trak Tugas Sederhana-Berat (MHD) Isuzu. Dengan persijilan tersebut, outlet ini secara rasmi dikenali sebagai pusat servis trak utama Isuzu. Ia mampu mengendalikan semua kelas trak Isuzu, terutama trak tugas sederhana seperti Forward dan model trak tugas berat, Giga.

Kemudahan-kemudahan itu mestilah berupaya memenuhi keperluan trak tugas berat dengan kebolehdapatan alat ganti yang banyak selain memiliki pasukan juruteknik yang bertauliah dan terlatih serta berupaya mengendalikan peralatan diagnostik yang canggih.

MHD Plaque

Para pengendali cawangan tersebut menerima plak masing-masing daripada Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka. Beliau berkata, “Sebagai jenama penera jutrak di Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab bukan sahaja untuk menyediakan sokongan infrastruktur dan terus meningkatkan tahap kualiti servis kami. Sembilan buah cawangan ini telah membuktikan komitmen mereka dalam memastikan tahap kepuasan pelanggan selari dengan prinsip prinsip Kaizen kami.”

Cawangan yang dioperasi oleh Automotive Corporation Malaysia (ACM), Indah Utara Auto, Jumbo Arena dan Ultra Gallant di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang itu merupakan pengedar terawal yang mencapai status dalam program ini. Beberapa buah cawangan di Malaysia Timur pula bakal mendapat persijilan masing masing tidak lama lagi.

MHD Centre 1

Dengan adanya cawangan cawangan utama ini, para pelanggan boleh mendapatkan sokongan yang efisien dan profesional di sepanjang laluan pengangkutan penting terutama di lebuhraya Utara-Selatan dan kawasan Pantai Timur. Lokasi cawangan terbabit sangat strategik bagi memastikan trak jarak jauh boleh mendapatkan bantuan teknikal atau penyelenggaraan yang pantas dan mudah. Untuk mengetahui senarai penuh pengedar trak profesional Isuzu, layari laman web www.isuzu.net.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply