ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penubuhan MRDC tingkat keupayaan dan kepakaran industri rel negara

Berita Tempatan

Views

Kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kereta Api Malaysia (MRDC) bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran industri rel peringkat global.

Menurut Harian Metro, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MRDC bakal menjadi sebuah pusat penyelaras pembangunan industri rel yang bersepadu dan terancang.

Beliau berkata, bakat tempatan akan dibangunkan secara profesional, mahir dan separa mahir dalam industri rel seiring dengan keperluan semasa.

Jelas beliau, secara prinsip Jemaah Menteri sudah meluluskan MRDC yang turut berperanan sebagai platform menambah baik pelan industri rel secara holistik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dasar perolehan akan diberi keutamaan kepada industri rel tempatan yang berkelayakan dan berkualiti termasuk membangunkan projek rel di rantau Asia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Teknologi Rel (RTX) di KL Sentral, di Kuala Lumpur, semalam.

Ekspo selama empat hari bermula hari ini itu menjadi medium terbaik untuk pemain industri rel tempatan memperkenalkan produk dan kepakaran.

Selain itu, ia turut memberi kesedaran mengenai pembangunan dan teknologi rel terkini, mempromosi keupayaan dan kapasiti industri.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dalam perkembangan berasingan, Ka Siong berkata, sesi libat urus bersama Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) pagi semalam berjaya memberi gambaran jelas mengenai pelaksanaan kaedah pendaftaran yang akan diperkenalkan kerajaan terhadap p-hailing.

Menurutnya, salah tanggapan yang berlaku kini dianggap selesai kerana tiada sebarang lesen baharu diperkenalkan kepada p-hailing sebaliknya hanya sistem khas pendaftaran yang akan dilaksanakan.

Sistem ini membantu kerajaan untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada pemain industri p-hailing selain menjaga kebajikan serta keadilan buat mereka.

Tambah beliau lagi, Kementerian Pengangkutan juga akan memberikan moratorium untuk pendaftaran awal sebaik pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply