Kami cukup yakin Toyota Yaris ATIV@Vios generasi baharu yang telah dilancarkan ke pasaran Thailand baru-baru ini bakal mempunyai versi Hatchback.
Ada desas-desus mengatakan Yaris Hatchback itu nanti bakal mempunyai kembar, iaitu Perodua Myvi generasi keempat.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Apa yang pasti, Yaris Hatchback dan Myvi generasi keempat akan berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Sebagai gambaran awal, sahabat kami, Theophilus Chin yang sememangnya pakar manipulasi foto cuba untuk menghasilkan rekaan bayangan Yaris Hatchback berdasarkan model sedannya.
Menurut Theo, rekaan bahagian belakang Volkswagen Polo dirasakan sesuai untuk digunakan dengan beberapa perubahan dibuat supaya ia kelihatan selari dengan reka bentuk keseluruhan Yaris ATIV.
Hasilnya agak baik dan kelihatan Yaris Hatchback bayangan ini kelihatan seperti sebuah model hatchback keluaran Eropah.
Jika pesaingnya rekaan belakang City Hatchback mirip Mercedes Benz A 250, Yaris Hatchback versi Theo ini persis Volkswagen Polo, kira adil la kan?
Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI