ARKIB

KATEGORI

Tular

Penunggang basikal rempuh Toyota Alphard hanya cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Seorang penunggang basikal menunjukkan aksi luncurnya menuruni bukit hanya mengalami cedera ringan selepas berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di Jalan Nusa Bukit Tunku, semalam.

KOSMO!ONLINE melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular di media sosial menunjukkan kemalangan membabitkan MPV dan basikal pada pukul 9 malam tadi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ujarnya, pada 5 Mac 2022, kira-kira pukul 9 malam telah terkesan tular satu rakaman video di Facebook yang dimuat naik oleh akaun Fareez Aiman berdurasi sembilan saat menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah basikal.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 10.11 pagi selepas Toyota Alphard membelok ke simpang kanan dan dilanggar basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Akibat kemalangan itu, remaja berusia 17 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kedua-dua pihak terbabit sudah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan kes disiasat mengikut Rule 3(2)(b) LN 166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintas laluan kenderaan itu.

Sarifudin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply