ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang motosikal dinasihatkan peka pengaktifan laluan ‘Smartlane’

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal perlu peka dengan tanda isyarat lalu lintas yang dipamerkan sepanjang perjalanan, termasuk pengaktifan laluan Smartlane.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, laluan Smartlane diaktifkan bagi mengurangkan kesesakan.

Terdapat petugas Plus Malaysia Berhad (Plus) yang memantau penggunaan Smartlane mengikut hari dan waktu yang ditetapkan dengan kerjasama polis.

“Sebagai penunggang motosikal yang berhemah akan sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada dalam kesesakan jalan raya”.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau mengulas mengenai kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 437.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, yang tular di media sosial.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, motosikal dari arah belakang dipercayai melanggar cermin sisi kanan kereta yang berada di Smartlane, namun penunggangnya tidak berhenti dan beredar sejurus kemalangan.

Mohd Azman berkata, Plus sebagai pengendali lebuh raya sudah membuat hebahan awal mengenai pembukaan Smartlane bagi tujuan kelancaran pergerakan lalu lintas semasa musim perayaan.

Beliau berkata, sebanyak 14 lokasi Smartlane dibuka untuk memudahkan pergerakan lalu lintas sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, lokasi terbabit didapati sering kali berlaku kesesakan yang ketara akibat peningkatan kenderaan tinggi.

Terdahulu, polis meminta pemandu kereta dan penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 437.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, tampil membuat laporan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu di lorong kecemasan dan menggunakan Smartlane yang diaktifkan.

Beliau dipetik berkata, sebuah motosikal dari arah belakang dipercayai melanggar cermin sisi kanan kereta berkenaan, namun penunggangnya tidak berhenti dan beredar sejurus kemalangan.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Maelk Kang

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply