ARKIB

KATEGORI

Tular

Gagal elak kereta ubah haluan ke lorong kecemasan, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak

Tular

Views

Tindakan sebuah kereta mengubah haluan ke lorong kecemasan secara tiba-tiba menyebabkan sebuah motosikal melanggarnya sebelum dua mangsa tercampak dalam kejadian di Kilometer 123.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Singapura.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, kejadian berlaku semasa kereta berkenaan mengubah laluan secara tiba-tiba dari lorong sebelah kiri ke lorong kecemasan mengakibatkan sebuah motosikal dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta terbabit.

Laporan polis telah dilakukan oleh pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun, namun belum ada laporan diterima daripada penunggang motosikal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Susulan itu, penunggang motosikal berkenaan yang masih tidak dikenali identitinya digesa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Menurut Ismail lagi, siasatan masih dilakukan dan pengguna jalan yang menyaksikan kejadian diharap tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, kejadian perlanggaran telah mula ditularkan dalam media sosial Facebook melalui video berdurasi tiga saat kira-kira pukul 5.49 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply