ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu secara berbahaya, pemandu Volkswagen Arteon kelabu ditahan

Tular

Views

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta dalam keadaan berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan dekat Chukai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut berdasarkan satu rakaman kamera pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya.

Berdasarkan rakaman itu, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Chukai-Air Putih dekat Kampung Paman sehingga tular di laman sosial Facebook.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapat perintah tahanan reman.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kejadian itu dirakamkan kamera pemuka seorang pengguna jalan raya ketika dalam perjalanan ke Setiu bersama ahli keluarganya, kira-kira 8.15 pagi.

Dalam rakaman itu, kereta dipercayai Volkswagen Arteon yang dipandu laju itu memotong dua kenderaan di depannya dan nyaris bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Kereta terbabit dikatakan turut bergesel dengan cermin sisi kereta Perodua Axia yang dipotongnya sebelum memecut ke arah Kampung Pasir Gajah. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply