ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang motosikal maut, tersepit pada tayar belakang Myvi

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta sebelum diseret dalam kemalangan di 58 Jalan Jementah-Muar di Segamat, petang semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 40-an ditemui sudah tidak bernyawa tersepit pada tayar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, siasatan awal mendapati, Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas berusia 80-an dalam perjalanan dari arah Jementah menghala Segamat.

Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang lelaki itu disyaki keluar secara tiba-tiba ke laluan kereta berkenaan.

Penunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri kereta tersebut sebelum terjatuh lalu terseret dan tersangkut pada tayar belakang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Bahrin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jementah.

Ujarnya, pihaknya meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Polis Segamat turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai atau Balai Trafik Segamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply