Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tercampak ke dalam Sungai Perak selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jambatan Batu 5 di Teluk Intan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 36 tahun berjaya diselamatkan oleh kumpulan pemancing udang yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamaruddin Mat Salleh, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 52 tahun yang memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh motosikal mangsa.
Siasatan awal mendapati kereta itu dari arah Sarang Tiong hendak menuju Ke Teluk Intan telah brek mengejut untuk mengelak kenderaan di hadapan yang dipandu perlahan dan memasuki laluan bertentangan. Motosikal jenis Benelli yang ditunggangi mangsa telah melanggar bahagian tepi kereta terbabit hingga melambung atas jalan sebelum terjatuh ke dalam sungai. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?
Sementara itu, saksi kejadian, Zunaidee Mohd Yusuf, 52, berkata, dia bersama tiga rakan terkejut apabila melihat mangsa melayang terjatuh ke dalam sungai selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah jambatan. Katanya, dia bersama tiga rakan lain ketika itu sedang memancing udang galah dengan menyewa bot tidak jauh dari jambatan.
Melihat kejadian itu, mereka menghala bot ke arah mangsa selepas ternampak mangsa timbul dengan lengkap berjaket, topi keledar, kasut dan bersarung tangan. Tambahnya lagi, mereka semua berasa lega apabila mangsa masih lagi sedar dan segera menariknya ke dalam bot kerana arus yang deras sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
KOMEN TERKINI