ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pernah jual topi keledar terpakai ‘harga kayangan’ RM60K

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sebuah premis menjual topi keledar keledar terpakai dari Jepun, Motojack Helmet Shop yang beroperasi di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu kini menjadi tumpuan mat motor tegar. Menurut pemiliknya Syairazi Mohd, 30, topi keledar Shoei J-Stream Polaris kelabu terpakai yang dijual pada harga RM14,000 bukan yang pertama dijual pada harga tinggi.

Sebaliknya, mereka pernah menjual dua lagi topi keledar siri Shoei J-Force 2 Jack kuning pada harga RM60,000! Topi keledar ini kebanyakannya keluaran 2000 dan kini sudah tidak dikeluarkan lagi menjadikannya koleksi berharga untuk peminat.

Menurut Syairazi, Shoei J-Stream Polaris itu berjaya dijual kakitangan kedainya, Bukhari Rija, 27, kepada pengumpul topi keledar hanya mahu dikenali sebagai Jun, 30-an. Katanya, ramai yang bertanya mengapa topi keledar ini semua harga jualannya tinggi? Ia bukan kerana mereka sengaja menaikkan harga sesuka hati sebaliknya ia sudah tidak dikeluarkan malah ada sebahagiannya dikeluarkan dalam jumlah amat terhad.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Dia sendiri pernah ke Jepun dan memohon pengurusan kilang topi keledar ini untuk menyambung pengeluaran namun mereka enggan kerana beranggapan edisi ini tidak akan dikeluarkan semula walaupun banyak permintaan.

Menurut Syairazi yang fasih bertutur bahasa Jepun, walaupun harganya mahal namun masih ramai yang mahu membelinya kerana nilai sentimental selain prestij. Katanya, ini menjadikan topi keledar berkenaan semakin meningkat harganya selain dicari oleh peminat barangan vintaj.

Katanya, ketika dibeli pada 2000, harganya sekitar RM3,000, namun dalam tempoh 10 tahun, ia melonjak sehingga RM9,000 seunit walaupun terpakai. Edisi lebih terhad dengan jumlah pengeluaran tidak sampai 100 unit seperti Shoei J-Force 2 Jack kuning mencecah harga RM30,000 seunit.

Ujar Syairazi, bagaimanapun, permintaan tinggi itu sehingga menjadikan harganya mahal tidak berlaku di Jepun sebaliknya hanya di Malaysia sahaja. Katanya, orang Jepun sendiri tidak tahu topi keledar berkenaan bernilai tinggi di sini.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Tambahnya, Di Thailand, ada juga permintaan tinggi untuk topi keledar buatan Jepun, namun jenama dan reka bentuknya berlainan. Mereka lebih gemar kepada topi keledar berpenutup penuh Arai Haga GP dan SP Tadao Nakano. Syairazi berkata, pengumpul topi keledar mahal seperti ini bukan hendak menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya hobi.

Jelasnya, mereka hanya mahukan barangan yang sudah tidak dikeluarkan lagi selain keunikannya. Topi keledar seperti ini biasanya dipakai jika berkonvoi membabitkan 50 hingga 100 mat motor ketika cuti tahun baharu atau cuti panjang. Selain itu, ia juga biasanya disimpan dalam almari kaca sebagai perhiasan.

Biasanya, mat motor tegar gemar mengumpul topi keledar seperti ini. Kata Syairazi, hobi ini memang memakan ‘modal besar’, namun ia berbaloi kerana setiap orang ada minat masing-masing. Pada masa sama, menurut Syairazi, kedainya juga menjual lebih 200 unit topi keledar berharga RM50 hingga RM400.

Pihaknya turut mengdakan kerjasama dengan kilang topi keledar di luar negara bagi menghasilkan reka bentuk produk sendiri. Kata Syairazi, dia juga mempunyai impian untuk membuka kilang pembuatan topi keledar dengan jenama sendiri. Tambanya lagi, ia juga bagi membolehkan Malaysia dikenali negara lain dalam bidang penghasilan topi keledar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motojack Helmet Shop

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply