ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 ‘Mriya’ musnah dibedil Rusia

Berita Global

Views

Pesawat kargo terbesar di dunia, Antonov-225 buatan Ukraine musnah dalam serangan tentera Rusia di luar Kyiv pada hari keempat peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Menurut Utusan, agensi milik Ukraine, Ukroboronprom menerusi kenyataan memaklumkan, pesawat itu musnah ketika tentera Rusia menyerang Lapangan Terbang Antonov du Gostomel berhampiran Kyiv.

Pesawat itu disifatkan paling unik di dunia apabila ia mampu membawa muatan seberat 250 tan pada kelajuan 850 kilometer sejam.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kerajaan Ukraine menamakan pesawat itu sebagai Mriya yang bermaksud ‘harapan’ dalam bahasa Ukraine. AN-225 ‘Mriya‘ merupakan pesawat terbesar di dunia dan menjadi kebangaan Ukraine.

“Rusia mungkin sudah memusnahkan Mriya kami, namun mereka tetap tidak akan dapat memusnahkan harapan kami yang kuat, kebebasan dan negara Eropah yang demokrasi.

“Kami akan pertahankan semua itu!” Ciap Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menerusi Twitter.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Beberapa pertempuran ganas dilaporkan berlaku di lapangan terbang Gostomel sejak Rusia menyerang Ukraine pada Khamis lalu.

Kerja-kerja pemulihan pesawat itu mungkin memerlukan perbelanjaan sebesar AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan mengambil masa selama lima tahun untuk siap.

“Kami akan memastikan kos pemulihan pesawat ini ditanggung sepenuhnya oleh Rusia yang memusnahkannya,” kata Ukroboronprom. Pesawat itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan kargo, Antonov Airlines.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply