ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penyambung lori patah punca muatan kayu balak jatuh bergolek di lampu isyarat

Berita Tempatan

Views

Penyambung atau cakera putar (turntable) pada lori yang patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum menghempap seorang penunggang motosikal wanita di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di Gua Musang, hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, dari Felda Chiku 3 mengalami kecederaan dalaman dan kini dirawat di Hospital Gua Musang di sini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 58 tahun sedang dalam perjalanan membawa muatan balak dari arah Bandar Utama menghala ke Padang Tengku, Kuala Lipis dekat Pahang.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, turntable lori itu dipercayai patah semasa sedang membelok sehingga menyebabkan muatan balak terbalik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berhenti di lampu isyarat di laluan bertentangan dihempap kayu balak yang jatuh bergolek dari muatan lori tersebut.

“Kayu balak tersebut turut terkena bahagian depan sebuah kereta jenis Toyata Vios yang berhenti menunggu lampu isyarat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita terselamat daripada ajal selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dari sebuah lori ketika melalui selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nurul Natasha

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply