ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perbaharui insurans kereta secara dalam talian dengan Sureplify dan menangi wang tunai RM300

Berita Tempatan

Views

Sepanjang bulan Ogos 2019, platform insurans kereta dalam talian Sureplify kini sedang menjalankan kempen promosi pembaharuan insurans kereta dalam talian bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia 2019. Melalui kempen promosi ini, pelanggan yang memperbaharui insurans kereta mereka secara dalam talian berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM300.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Sureplify turut menjalankan kempen ‘Tetapkan Peringatan Insurans Kereta dan Menang RM20 Kad Hadiah Starbucks’. Dengan menetapkan peringatan, pengguna akan menerima pemberitahuan awal untuk pembaharuan seterusnya menerusi e-mel dan SMS. Ini akan membantu mereka untuk mengelakkan pembaharuan saat akhir pada masa akan datang.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Seorang pemenang bertuah akan dipilih bagi kategori pembaharuan insurans kereta dalam talian, manakala 3 pemenang lagi akan dipilih untuk penetapan peringatan tarikh tamat tempoh insurans kereta. Kempen promosi ini akan berakhir pada 31 Ogos 2019, dan para pemenang akan diumumkan di laman Facebook Sureplify.

Pengguna kini boleh membandingkan harga serta manfaat insurans kereta dan memperbaharuinya secara dalam talian sahaja. Dengan ini, mereka bebas untuk membuat pilihan perlindungan yang menepati bajet dan keperluan mereka. Mudah, selamat, dan menjimatkan masa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply