ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : McLaren 720S Spider tiba – Harga RM2.6 juta, 3 unit sahaja tapi semua dah berpunya

Berita Tempatan

Views
McLaren 720 Spyder mendarat. Harga RM2.6 juta aje

Semalam kami dijemput untuk menghadiri pelancaran keretasuper dari pengeluar British, McLaren 720S Spider di The International Gallery, KLGCC Resort. 720S Spider dijana oleh enjin McLaren V8 4.0-liter pengecasturbo-berkembar yang menghasilkan kuasa sebanyak 720PS dan 770Nm daya kilas.

Kereta ini hanya mengambil masa 2.9 saat untuk memecut dari kelajuan 0-100km/j, dan ia mampu memecut ke 200km/j hanya dalam 7.9 saat, kurang 0.1 saat dari versi Coupé. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan spesifikasi seperti versi Coupé – Standard, Performance dan Luxury.

Dua warna baharu ditawarkan – Belize Blue dan Aztec Gold selain 23 lagi warna yang boleh dipilih, termasuklah warna warisan jenama tersebut, Supernova Silver yang mula diperkenalkan pada model McLaren 12C.  Harga yang ditawarkan bermula dari RM1,218,000.00 (sebelum duti dan pilihan), dan jika dicampur kesemuanya harganya mencecah RM2.6 juta!

Hanya ada 3 unit sahaja di Malaysia dan semuanya dah berpunya. Kalau anda rasa nak membeli, boleh la cuba pujuk McLaren Malaysia untuk tambah stok lagi. Jom tonton video di atas untuk mendapatkan info lebih terperinci!

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Proton Saga 2019 – Apa yang kelebihan dan kekurangannya, kami ceritakan”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

2019 Proton Saga: Baik Dan buruk kami ceritakan

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply