ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan kereta api laju dari Laos ke China dilancarkan, Vientiane ke Kunming cuma 4 jam

Berita Global

Views

Perkhidmatan kereta api laju yang menelan belanja berbilion dolar melalui daerah bergunung-ganang antara Laos dan selatan China dilancarkan semalam.

Menurut MalaysiaGazette, ia merupakan laluan rasmi baharu yang diharap dapat membantu meningkatkan perdagangan antara kedua-dua buah negara.

Laluan sepanjang 642 batu (1.033 kilometer) akan membawa penumpang dari ibu negara Laos, Vientiane dan Kunming di tenggara China, lapor UPI.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Beijing menanggung kebanyakan kos sistem transit baharu berjumlah AS$5.9 bilion yang mana pembinaannya mula dilakukan enam tahun lalu.

China mahu membina laluan itu sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menghubungkannya dengan bahagian yang masih belum membangun di tanah besar dengan pelabuhan di luar negara.

Laluan baharu itu meliputi pembinaan 167 jambatan dan 75 terowong dan kelajuan kereta api mencecah 99 batu sejam (159 kilometer sejam), memendekkan masa perjalanan daripada 15 jam kepada empat jam. Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh merupakan penumpang pertama perkhidmatan kereta api itu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pelancaran perkhidmatan kereta api itu merupakan kunci utama kepada projek inisiatif Belt and Road China dan ia dijangka meningkatkan gelombang baharu perdagangan dan pelancongan ke salah sebuah negara Asia Tenggara tersebut.

Laos berharap perkhidmatan kereta api itu merubah ekonomi dan negara itu komited untuk menanggung 30 peratus daripada kos projek berkenaan.

Kebanyakan daripada jumlah itu diperoleh menerusi pinjaman daripada China dengan tanah dan sumber asli dijadikan sandaran.

Laos telah miminjam daripada China untuk projek lain dan terdapat kebimbangan terhadap peningkatan pinjaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply