ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Adakah ‘kapcai misteri’ ini Yamaha 135LC generasi baharu?

Foto Intip

Views

Beberapa foto kelibat dua unit ujian ‘kapcai misteri‘ berwarna hitam telah mula berlegar di laman sosial sejak semalam dan hari ini. Foto-foto tersebut telah kami perolehi di akaun Facebook rakan media di Moto Malaya dan juga Instagram Careta.my.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ia sempat dirakam oleh beberapa individu berbeza, iaitu Muizzuddin Mohd Zobir, Mohd Amirr, Zairi Yazni dan Muhammad Ilmi, namun lokasi penemuan tidak dinyatakan. Menurut sumber, unit ujian ‘kapcai misteri’ berkemungkinan besar adalah generasi baharu Yamaha 135LC (Versi 8.0).

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dari segi reka bentuk, ia masih lagi mirip model semasa Yamaha 135LC yang dilengkapi dengan brek cakera pada roda belakang dengan perubahan kosmetik terkini. Sekilas pandang dari depan, ia persis Yamaha Y15ZR V2, manakala rekaan belakangnya pula mirip Yamaha Y16ZR.

Yamaha 135LC generasi baharu dikhabarkan akan dilengkapi sistem pancitan bahan api yang lebih cekap bahan bakar. Setakat ini masih belum ada maklumat lanjut mengenai Yamaha 135LC 2022 dan kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muizzuddin Mohd Zobir, Mohd Amirr, Zairi Yazni dan Muhammad Ilmi via Moto Malaya, Careta.my

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply