ARKIB

KATEGORI

Buletin

Permenang Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 diraikan di Dubai

Views

Seramai 11 orang pemenang promosi Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 dari Malaysia baru-baru ini telah dibawa ke Dubai selama 5 hari 4 malam. Mereka adalah sebahagian daripada 189 orang pelanggan Shell Rimula dari 19 buah negara yang diraikan atas sumbangan mereka dalam menjadikan jualan Shell Rimula sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) terlaris di dunia. Mereka hanya perlu membeli produk Shell Rimula yang terpilih dan menyerahkan penyertaan mereka melalui dalam talian.

Atur cara eksklusif termasuklah makan malam di tepi pantai dengan pemandangan menakjubkan hotel yang kelima tertinggi di dunia, Burj al-Arab; lawatan ke tingkat 125 bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa; pemanduan lasak di padang pasir dan penerangan terkini tentang inovasi enjin trak dan teknologi pelincir yang termaju di Pusat Astronomi Dubai.

William Teo dari Sibu berkata, lawatan ini merupakan satu pengalaman yang menarik, terutamanya menyaksikan perkembangan teknologi diesel dan pelincir yang lain bagi aplikasi tugas berat. Mereka diberikan pendekatan tentang ujian dunia sebenar bagi produk menerusi persekitaran, beban dan suhu yang ekstrem serta aktiviti sebenar yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Seorang lagi pemenang dari Malaysia, Christy Bong dari Kuala Lumpur tidak menyangka dan gemberira keran terpilih sebagai pemenang lawatan ke Dubai dan akan terus menyertai promosi Shell Rimula pada masa akan datang. Baljit Singh, Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura berkata Shell Rimula Ultimate Stopover diadakan bagi meraikan komitmen untuk berusaha dengan gigih dan menawarkan peluang pengembaraan sekali seumur hidup yang hanya boleh diberikan oleh Shell Rimula.

Destinasi Shell Rimula Ultimate Stopover yang seterusnya pada 2019 adalah Barcelona dan sudah pasti para pelanggan akan berusaha untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang unik ini. Tidak kira ke mana tujuan pelanggan, perjalanan yang bakal dilalui mungkin mencabar; pemanduan yang panjang dan jauh daripada keluarga selain risiko menjalankan perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar. Namun dengan Shell Rimula, segala impian dan cita-cita memberikan semangat untuk terus bergerak.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply