ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga bot laju sedia ganti feri Pulau Pinang mulai 1 Januari

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sudah bersedia dalam melaksanakan perkhidmatan bot laju untuk penumpang bagi menggantikan feri ikonik Pulau Pinang, mulai 1 Januari ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, V Sasedharan berkata, sebanyak tiga buah bot laju telah disewa dan dua daripadanya akan beroperasi serentak sepanjang tempoh interim bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

Menurutnya, kesemua bot itu telah mendapat lesen keselamatan daripada Jabatan Laut Malaysia untuk beroperasi sepanjang 18 bulan akan datang. Katanya, untuk bot laju, ia mempunyai 40 perjalanan bermula jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari. Bot ini akan bergerak mengikut jadual iaitu satu perjalanan setiap 30 minit yang mana, kapasitinya adalah 200 penumpang.

Tambahnya, tambang bot laju adalah sama seperti tambang untuk pejalan kaki bagi feri ikonik pada waktu ini. Bot laju ini hanya mengambil masa tujuh hingga 10 minit untuk satu perjalanan. Ini amat menjimatkan masa berbanding dengan feri ikonik yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk satu perjalanan.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, kesemua bot laju tersebut telah mendapat lesen keselamatan daripada Jabatan Laut Malaysia dan selamat untuk beroperasi.  Orang ramai tidak perlu risau kerana mereka sudah mendapat lesen keselamatan daripada Jabatan Laut Malaysia dan selamat untuk membawa penumpang.

Beliau turut yakin ramai penumpang akan menaiki bot laju ini bermula 1 Januari nanti memandangkan pihaknya menawarkan tambang secara percuma selama dua minggu. Tambahnya, perkhidmatan feri bot laju itu juga dijangka digunakan oleh kira-kira 1.8 juta penumpang memandangkan ia lebih selesa, pantas dan efisen kepada pengguna.

Katannya, pada 2019, jumlah pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri ikonik adalah sekitar 1.3 juta. Jadi pihaknya menjangkakan jumlah penumpang feri bot laju ini juga akan meningkat seiring dengan perkhidmatan yang lebih pantas dan selesa serta berhawa dingin.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Pada 15 Disember lalu, Teik Cheng mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari tahun depan yang mana feri sedia ada hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal.

Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh PPSB daripada Prasarana Malaysia Berhad. PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.

Buat sementara, perkhidmatan bagi penumpang akan menggunakan feri laju manakala untuk motosikal serta basikal menggunakan feri sedia ada. Bermula 1 Januari 2021 hingga Jun 2022, penggunaan feri laju dan feri sedia ada adalah langkah interim sebelum empat katamaran yang akan dijadikan teksi air dan ‘vehicle transporter‘ digunakan.

Namun, Teik Cheng berkata, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri sedia ada di Tanjung City Marina. Dua feri tersebut akan diubahsuai sebagai restoran dan muzium terapung yang mana, kedua-duanya tidak akan bergerak, hanya diletakkan di Tanjung City Marina.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply