Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS membuka tempahan dan pendaftaran minat bagi model SUV segmen-C, e.MAS 7.
Mereka yang berminat boleh terus ke laman sesawang mikro ini, untuk membuat tempahan serta mendaftar minat mereka dengan yuran sebanyak RM500.
Enam unit Proton e.MAS 7 yang dipandu oleh jurutera pakar Proton kini sedang menjalani fasa ujian intensif, merentasi setiap pelusuk di Semenanjung Malaysia.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Ujian lasak ini merangkumi Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), Ujian Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), dan Ujian Keandalan Kualiti (QRT), serta penambahbaikan yang berterusan pada sistem navigasi, Digital Head Unit (DHU), dan Penyedia Sistem Telematik (TSP).
Jurutera syarikat juga telah melaksanakan 49 proses tambahan ciri unik daripada Geely untuk memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi di peringkat tempatan dan global.
Ujian ini merangkumi segala aspek dari prestasi beban kenderaan sehingga ke kawalan kestabilan elektronik dan kebolehan meredah air yang telah dipertingkatkan, di mana hasil ujian Proton e.MAS 7 melepasi Geely Galaxy E5 dengan kedalaman paras air 400mm bagi menangani situasi banjir.
Ujian ini dijalankan pada bulan Julai dengan kedalaman air yang telah ditetapkan termasuk dengan ujian bonggol jalan untuk menggambarkan keadaan sebenar jalan raya di Malaysia. Satu isu telah ditemui dan diperbaiki selepas ujian tersebut dijalankan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
e.MAS 7 dibina berasaskan pelantar platform Global Modular Architecture (GMA), serta dilengkapi sistem pendorong elektrik pintar 12-dalam-1, seni bina bateri Sel-Ke-Badan, dan sistem penghubung Flyme Auto.
Dengan dimensi sepanjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran kontemporari.
Proton juga telah memulakan Jelajah Proton e.MAS 7 yang telah memulakan pengembaraan epiknya ke seluruh negara bermula dari Negeri Sembilan dan berakhir di Sarawak pada 29 November nanti.
Siri jelajah ini bakal menempuh lebih daripada 2,000km perjalanan, merentasi pelbagai jenis laluan dan landskap di seluruh negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI