ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia (D74A) rangkul satu anugerah di Malaysia Good Design Award

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi hantaran terbaharunya di Facebook dengan bangganya mengumumkan model hatchback Axia (D74A) berjaya merangkul anugerah dalam kategori ‘Kawasan Awam dan Produk Pengangkutan‘ di Malaysia Good Design Award.

Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) itu telah mengiktiraf reka bentuk cemerlang Axia, sekali gus menjadikannya pilihan yang menyerlah untuk pemanduan di dalam bandar.

Perodua juga yakin Axia baharu akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mencari kereta yang bergaya, selesa dan jimat bahan api.

Axia (D74A) telah dilancarkan pada 14 Februari 2023 dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ia akan ditawarkan dengan empat pilihan varian dengan harga jualan bermula dari RM38,600.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Berikut adalah senarai varian dan juga harga untuk Axia serba baharu (di Semenanjung Malaysia, tanpa insurans):

  • Axia varian G – RM38,600
  • Axia varian X – RM40,000
  • Axia varian SE – RM44,000
  • Axia varian AV – RM49,500

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya adalah warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, iaitu Coral Blue (Biru).

 

Dari segi dimensi, saiznya kini lebih besar dengan 3,760 mm panjang, 1,665 mm lebar dan 1,495 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,525 mm.

Axia serba baharu juga lebih rendah, dengan jarak lega tanah 150 mm. Ini bermakna, Axia serba baharu lebih besar berbanding model sebelumnya dan semakin menghampiri saiz Myvi.

Model ini masih kekal dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang menjana 67 kuasa kuda dan 91 Nm daya kilas. Enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) ini digandingkan bersama transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rangkaian kuasa ini memiliki kecekapan bahan api 25.3 km/l (NEDC), atau 27.4 km/l (Malaysian Driving Cycle) dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle) atau Henti/Mula automatik. Untuk varian AV, ia turut ditambah dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive).

Dari segi keselamatan, model ini telah menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Antara ciri keselamatan standard Axia serba baharu adalah ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HHA) dan kawalan cengkaman (TRC).

Manakala varian AV pula akan mendapat tambahan ciri keselamatan seperti enam beg udara, filem penapis haba Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terdiri daripada:

  • Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Pra-Perlanggaran (PCW)
  • Brek Pra-Perlanggaran (PCB)
  • Amaran Berlepas Di Hadapan (FDA)
  • Kawalan Injak Pincang-Tugas (PMC)

Tahniah Perodua!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perodua

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply