ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar Axia serba baharu (D74A) – Empat pilihan varian, harga dari RM38,600

Berita Tempatan

Views
THE ALL-NEW AXIA – INFOMERCIAL VIDEO

Selang sehari selepas kembarnya, Toyota Agya baharu buat debut global di Indonesia, hari ini tiba giliran Perodua pula untuk melancarkan model sulung mereka untuk tahun 2023, iaitu Axia serba baharu.

Model yang sebelum ini dikenali menerusi namakod D74A itu dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Axia serba baharu akan ditawarkan dengan empat pilihan varian dengan harga jualan bermula dari RM38,600.

Berikut adalah senarai varian dan juga harga untuk Axia serba baharu (di Semenanjung Malaysia, tanpa insurans):

  • Axia varian G – RM38,600
  • Axia varian X – RM40,000
  • Axia varian SE – RM44,000
  • Axia varian AV – RM49,500

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya adalah warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Axia serba baharu tampil dengan identiti gaya reka bentuk Perodua yang lebih segar dan moden, terutama sekali pada bahagian jeriji dan bampar berbentuk “X”.

Dari segi dimensi, saiznya kini lebih besar dengan 3,760 mm panjang, 1,665 mm lebar dan 1,495 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,525 mm.

Axia serba baharu juga lebih rendah, dengan jarak lega tanah 150 mm. Ini bermakna, Axia serba baharu lebih besar berbanding model sebelumnya dan semakin menghampiri saiz Myvi.

Rupa parasnya kini lebih menyerlah dengan lampu hadapan jenis LED untuk varian X, SE dan AV, manakala varian asas iaitu G hanya menerima lampu jenis halogen. Dua varian tertinggi iaitu SE dan AV turut dilengkapi lampu siang LED (DRL).

Untuk cermin sisi, varian G dan X menggunakan jenis elektrik dan boleh dilipat secara manual, manakala varian SE dan AV pula menggunakan cermin sisi jenis elektrik dan boleh dilipat secara automatik bersama lampu signal.

Reka bentuk ruang kabin Axia serba baharu boleh dikatakan satu anjakan paradigma dari Perodua kerana ia tampil dengan gaya rekaan moden dan minimalis. Tata letak papan pemukanya cukup kemas dan ringkas, meskipun ada beberapa komponen berkongsi dengan model yang lain.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk paparan meter, varian G dan X menggunakan jenis LCD, varian SE menggunakan jenis LCD dengan takometer manakala varian AV pula dilengkapi dengan meter jenis digital sepenuhnya (TFT) bersaiz 7-inci.

Dari segi audio pula, varian G, X dan SE dilengkapi dengan radio jenis biasa, manakala varian AV dilengkapi dengan unit inforia jenis terapung dengan skrin sesentuh bersaiz 9-inci. Kapasiti muatan barangannya pula adalah 265 liter.

Model ini masih kekal dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang menjana 67 kuasa kuda dan 91 Nm daya kilas. Enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) ini digandingkan bersama transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).

Rangkaian kuasa ini memiliki kecekapan bahan api 25.3 km/l (NEDC), atau 27.4 km/l (Malaysian Driving Cycle) dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle) atau Henti/Mula automatik. Untuk varian AV, ia turut ditambah dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive).

Dari segi keselamatan, model ini telah menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Antara ciri keselamatan standard Axia serba baharu adalah ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HHA) dan kawalan cengkaman (TRC).

Manakala varian AV pula akan mendapat tambahan ciri keselamatan seperti enam beg udara, filem penapis haba Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terdiri daripada:

  • Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Pra-Perlanggaran (PCW)
  • Brek Pra-Perlanggaran (PCB)
  • Amaran Berlepas Di Hadapan (FDA)
  • Kawalan Injak Pincang-Tugas (PMC)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply