ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat 25,100 tempahan dalam masa sehari pada 30 Jun!

Berita Tempatan

Views

Perodua telah menjual 127,343 kenderaan bagi enam bulan pertama tahun ini dengan lonjakan 30 peratus berbanding 97,290 unit yang dijual dari Januari hingga Jun 2021.

Ia berikutan permintaan kukuh untuk kenderaan pada separuh pertama 2022 disebabkan oleh tarikh akhir pengecualian cukai jualan.

Daripada 127,343 unit yang didaftarkan, Myvi kekal sebagai model terlaris dengan 38,039 unit didaftarkan diikuti dengan Axia sebanyak 29,183 unit dan Bezza sebanyak 28,719 unit.

Sungguhpun begitu, Bezza kian popular kerana ia merupakan model yang paling dicari ketika ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tempahan kenderaan secara tergesa-gesa dilihat ketara terutama sekali apabila kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 31 Mac 2023.

Bercakap tentang pengecualian cukai jualan pada hari terakhir inisiatif itu, Perodua menyaksikan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun 2022 dengan 25,100 tempahan kenderaan telah diambil.

 

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Perodua amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melanjutkan tarikh akhir penghantaran kepada 31 Mac 2022 dan mereka amat memerlukan tempoh itu untuk memenuhi permintaan yang ada setakat ini.

Selain daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022, faktor utama lain yang menyumbang kepada prestasi ini ialah pendaftaran kenderaan yang rendah pada Jun tahun lepas disebabkan penutupan kali kedua dalam mengurangkan kes jangkitan Covid-19.

Sebagai perbandingan, untuk bulan Jun 2021, Perodua hanya mencatatkan 1,009 unit, manakala pada Jun 2022, kami menjual 21,164 unit. Pada perbandingan bulan ke bulan, prestasi jualan Perodua meningkat 10.7 peratus daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada Mei 2022.

Datuk Zainal berkata, peningkatan pendaftaran pada Jun 2022 juga disebabkan bekalan alat ganti yang lebih baik berbanding bulan Mei.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Walaubagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa isu-isu seperti tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti masih wujud dan memohon agar para pelanggan dapat memahami keadaan ini.

Pihaknya ingin memohon maaf kerana para pelanggan kerana terpaksa menunggu lama untuk menerima kenderaan dan mereka sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran.

Langkah ini termasuk bekerjasama dengan para pembekal, dan dalam beberapa kes tertentu, Perodua turut menyediakan kakitangannya untuk bekerja di premis mereka bagi memastikan bekalan alat ganti terus mengalir.

Mengenai kekurangan alat ganti, komunikasi dengan para pembekal dan rakan kongsinya masih lagi berterusan untuk mencari komponen alternatif.

Beliau berkata, di sebalik isu ini, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini sebanyak 247,800 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply