ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua daftar 20,299 unit kenderaan bulan November, sasar 30K unit untuk bulan ini

Berita Tempatan

Views

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini memohon maaf berikutan jumlah penghantaran yang rendah sebanyak 20,299 unit pada bulan November berikutan gangguan sementara yang telah menjejaskan pengeluaran.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Perodua telah menyasarkan pendaftaran bulanan tertinggi dalam sejarah dengan sekurang-kurangnya 30,000 unit bagi bulan Disember, sekali gus mentup tirai tahun ini dengan jualan melebihi 200,000 unit.

Kata beliau, pihaknya ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kesabaran mereka, terutama sekali dalam tahun yang paling sukar setakat ini,

Tambahnya, untuk bulan November, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 20,299 unit meskipun terdapat isu dalam ekosistem automotif tempatan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Untuk perbandingan bulan-ke-bulan, jualan Perodua turun sebanyak 27.1 peratus dari 27,858 unit yang didaftarkan pada bulan Oktober 2021 yang merupakan bulan jualan tertinggi dalam sejarah Perodua setakat ini.

Katanya, Perodua kini sedang bekerjasama dengan ekosistem automotif bagi mengatasi isu-isu ini, seperti peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan bekalan cip semikonduktor, dan dengan langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan, pihaknya melihat Disember 2021 sebagai bulan terbaik buat mereka.

Model Myvi facelift yang dilancarkan pada 18 November 2021 telah berjaya mengumpul sebanyak 14,600 tempahan setakat 2 Disember 2021. Pendaftaran model Myvi agak perlahan pada bulan lalu kerana pihaknya terpaksa menunggu varian baharu dilancarkan.

Malah, daripada 14,600 unit yang ditempah, 7,189 tempahan telah ditukar daripada varian yang sebelumnya. Setakat ini, Perodua telah mendaftarkan sebanyak 42,288 unit Myvi antara bulan Januari hingga November 2021.

Untuk keseluruhan jualan, Perodua mendaftarkan sebanyak 167,250 unit antara bulan Januari hingga November 2021, yang menyaksikan penurunan sebanyak 14.2 peratus berbanding 194,980 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bagi tahun 2022, Perodua menyasarkan sekurang-kurangnya 240,000 unit jualan, pertambahan 40,000 unit atau peningkatan 20 peratus berbanding jangkaan 200,000 unit yang didaftarkan tahun ini.

Beliau berkata, angka 240,000 itu hanyalah anggaran awal dan ramalan yang lebih tepat akan diumumkan pada penghujung bulan Januari 2022.

Pihaknya turut yakin bahawa tahun 2022 adalah tahun pemulihan. Tambah beliau, permintaan kenderaan akan memuncak dalam tempoh enam bulan pertama 2022 memandangkan orang ramai mahu mengejar tempoh ‘cuti cukai’.

Ujarnya lagi, separuh kedua tahun 2022 bakal menyaksikan penurunan permintaan. Angka pendaftaran 240,000 unit amat penting bagi mereka untuk mengembangkan ekosistem automotif Malaysia.

Tambah beliau lagi, dengan pertumbuhan ini, mereka menjangkakan pembelian komponen auto akan kembali kepada sekitar RM6.5 bilion untuk tahun depan. Pihaknya akan berkongsi jumlah perolehan keseluruhan komponen untuk tahun ini pada bulan Januari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply