ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Kelisa terbabas langgar paip air, pemandu cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar paip air milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Jalan Pajak Song, di Kepala Batas pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, lelaki berusia 27 tahun yang memandu Perodua Kelisa itu mengalami luka di tangan dan badan akibat kejadian berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, lelaki berkenaan yang memandu sendirian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut. Kejadian berlaku pada jam 12.35 tengah hari yang mana sebuah kereta telah terbabas lalu melanggar paip milik PBAPP.

Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari lampu isyarat Permatang Sireh menghala ke Masjid Pajak Song.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ketika sampai di Jalan Pajak Song, pemandu telah gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pagar serta paip air milik PBAPP.

Tambah beliau, sehingga kini, lelaki berkenaan belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Siasatan dijalankan mengikut Kaedah 10 LN166/1959 Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply