ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic RS Prototype buat kemunculan di Tokyo Auto Salon 2024

Berita Global

Views

Kelibat Honda Civic RS Prototype berwarna hitam berjaya mencuri tumpuan pengunjung di Tokyo Auto Salon 2024 yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Model tersebut merupakan salah satu daripada beberapa model keluaran Honda yang dipamekan dalam acara tersebut. Civic RS Prototype menampilkan kemasan sporty model hatchback itu yang ditawarkan dengan kotak gear manual.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain warna badan hitam penuh, antara yang dapat disaksikan pada bahagian luaran ialah bampar hadapan reka bentuk baharu dengan permukaan yang lebih tajam dan liang kemasukan udara sisi yang lebih ramping.

Honda turut menambah lambang RS merah di hadapan dan juga belakang. Secara tidak langsung ia boleh diibaratkan seperti Type R versi ‘lebih sopan’, meskipun reka bentuk luaran dan rim aloi dipinjam dari versi standard Civic Hatchback.

Di pasaran Amerika Syarikat, Honda Civic sudah pun ditawarkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual, tetapi pembeli di Jepun hanya ditawarkan dengan transmisi CVT.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Buat masa ini belum ada perincian lengkap mengenai apa yang tersembunyi di bawah hudnya, namun ada kebarangkalian ia dijana oleh enjin 1.5-liter turbo.

Honda turut memberi bayangan yang model bakal menerima tetapan semula casis yang akan melengkapi gaya sportynya. Boleh dikatakan Civic RS versi JDM adalah cerminan kepada Civic Si versi Amerika Syarikat.

Ini bermakna ia mungkin ditawarkan dengan pembezaan-gelincir terhad, teknologi pemadanan semula, spring yang lebih keras, peredam yang ditala semula, bar penstabil yang lebih tebal, brek yang lebih besar dan 200 luasa kuda daripada enjin 1.5 liter pengecas turbo.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit yuukun_nakamura

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply