ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar generasi kedua Alza (D27A) – Tiga varian, pelantar DNGA, harga dari RM62,500

Berita Tempatan

Views
THE ALL-NEW ALZA - GearUp

Setelah sekian lama ‘mengusik’ jiwa warganet dengan beberapa siri iklan acah, hari ini secara rasminya Perodua melancarkan MPV tujuh-tempat duduk yang paling ditunggu-tunggu iaitu Alza generasi baharu (D27A).

Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Berikut adalah senarai harga Perodua Alza 2022 (D27A) mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan):

  • Alza 1.5L X (CVT) – RM62,500
  • Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
  • Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,500

Kembar kepada Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz secara asasnya dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi oleh Ativa.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Dari segi dimensi, Alza 2022 (D27A) berukuran 4,425 mm panjang, lebar 1,730 mm dan tinggi 1,670 mm, manakala jarak antara gandar adalah 2,750 mm. Jarak legaan tanah model MPV ini adalah 160 mm.

Ia dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power). Dari segi penggunaan bahan apinya pula adalah 22 km/liter (4.5 liter/100 km).

Lima pilihan warna ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Elegant Black (metalik)
  • Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
  • Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X

Berikut adalah perician ringkas Alza 2022 (D27A) mengikut varian:

Alza 1.5L X

  • Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home
  • Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh lipat secara manual)
  • Tiada perehat tangan di belakang
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
  • Paparan pelbagai info jenis LCD
  • Pemain audio standard
  • Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Penderia Bucu Belakang, Lampu Tinggi Automatik (AHB), Bantuan Mula Mendaki (HSA).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Alza 1.5L H (Tambahan dari varian Alza 1.5L X)

  • Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home dan lampu signal berurutan
  • Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh dilipat secara automatik)
  • Perehat tangan di belakang
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
  • Paparan pelbagai info digital jenis TFT dengan paparan bersaiz 7-inci
  • Unit infohibur dengan paparan bersaiz 9-inci
  • Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Penderia Sisi Belakang, Kamera undur, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Lampu Pemanduan Adaptif (ADB).

Alza 1.5L AV (Tambahan dari varian Alza 1.5L H)

  • Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home (dengan lampu signal berurutan)
  • Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh dilipat secara automatik)
  • Perehat tangan di belakang
  • Kemasan tempat duduk separa kulit dwitona
  • Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
  • Paparan pelbagai info digital jenis TFT dengan paparan bersaiz 7-inci
  • Unit infohibur dengan paparan bersaiz 9-inci
  • Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM), Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold, Monitor Pandangan Panoramik 360 darjah, Amaran Lintasan Belakang (RCTA), Penderia Sisi Depan dan Belakang, Kamera undur, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Lampu Pemanduan Adaptif (ADB).

Untuk ruang penyimpanan, Alza 2022 (D27A) mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipat. Dari segi keselamatan, kesemua varian didatangkan dengan 6 beg udara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply