ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lepasi sasaran jualan tahun 2020 – Berjaya daftar 220,154 unit kenderaan!

Berita Tempatan

Views

Perodua berjaya mendaftar 220,154 unit kenderaan keluarannya pada tahun 2020, sekali gus mengatasi sasaran jualan 210,000 unit sebanyak 10,154 unit, didorong permintaan tinggi di sebalik pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Perodua dan kepada pihak kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan di bawah program PENJANA bagi mengekalkan momentum jualan industri automotif.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Beliau menambah, Perodua berjaya mengeluarkan 220,968 kenderaan pada 2020 meskipun pengeluaran terpaksa dihentikan antara Mac dan Mei 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata beliau, pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan pada Jun 2020 telah berjaya menarik minat pembeli kenderaan.

Tambah beliau, Perodua juga mencapai detik satu juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada November 2020, genap dua tahun selepas mencapai detik setengah juta dan ini mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar EEV terbesar di Malaysia dari segi jumlah.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Datuk Zainal berkata bahawa pencapaian jualan yang lebih baik daripada dijangkakan, memberi kesan positif secara langsung kepada ekosistem automotif Malaysia dengan membantu para pembekal dan pengedar menghadapi cabaran pada 2020.

Perodua menjangkakan tahun yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi dengan vaksin yang baru dikeluarkan. Beliau turut menambah yang Perodua akan mengumumkan sasaran 2021 dalam masa yang terdekat.

Datuk Zainal berkata bahawa buat masa ini, Perodua akan terus memenuhi tempahan yang sedia ada dan berusaha ke arah jumlah jualan yang lebih tinggi pada 2021. Ujarnya lagi, Perodua akan terus menambah baik semua aspek operasi, termasuk menambah baik kecekapan bahan api melalui teknologi canggih yang akan kekal mampu milik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply