ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua rai pesakit dan sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Kuala Kubu Bharu sempena Tahun Baru Cina

Views

Perodua membawa keceriaan sambutan Tahun Baru Cina dengan lawatan ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan meraikan lebih 70 orang pesakit dengan memberikan mereka buah tangan seperti hamper, angpow, limau mandarin dan pelbagai hadiah lagi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata syarikat amat memahami perasaan mereka yang terpaksa berada di wad semasa sambutan Tahun Baru Cina dan ingin membawa semangat dan suasana perayaan terus kepada mereka.

Perodua juga turut menyumbangkan dua alat Electrocardiograph (ECG) yang bernilai RM6,000 seunit kepada Hospital Kuala Kubu Bharu. Syarikat berharap dengan sumbangan ini dapat membantu hospital dan kakitangannya dalam merawat pesakit. Destinasi seterusnya adalah Hospital Selayang pada hari Jumaat ini dengan menyumbang tiga bag ambu (alat bantuan pernafasan) bernilai RM600 seunit kepada pihak hospital dan mengedarkan hamper kepada 60 orang pesakit di wad kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, Perodua turut komited untuk meneruskan program amal dengan wad kanak-kanak Hospital Selayang, bermula tahun ini sehingga 2020. Syarikat telah merancang pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak sepanjang tiga tahun, termasuklah aktiviti bercerita, pertunjukan boneka dan badut, mewarna dan menyanyi. Sukarelawan syarikat akan membantu untuk mengekalkan dan memperbaiki kawasan permainan kanak-kanak dengan membeli lebih banyak mainan dan buku selain menghias dan membersihkan kawasan tersebut.

Program ini sejajar dengan teras Tanggungjawab Korporat syarikat dalam Pendidikan, Mendayakan Komuniti dan Alam Sekitar. Menerusi program-program tersebut, Perodua berharap dapat berharap dapat menjangkau, memperbaiki kehidupan komuniti dan mengukirkan lebih banyak senyuman. Perodua mengucapkan Selamat menyambut Chap Goh Meh kepada masyarakat Cina dan berharap agar tahun ini lebih gemilang dan dipenuhi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply