ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran artis rekaan Honda Jazz/Fit generasi baharu

Berita Global

Views

Laman sesawang Carscoops memuat naik satu imej gambaran digital model generasi baharu Honda Jazz/Fit yang dibuat dengan berpandukan beberapa foto intipan sebelum ini. Jika berpandukan dari rekaan tersebut, ia nampak sedikit konvensional, tidak terlalu radikal jika dibandingkan dengan Civic.

Dari depan, gambaran artis ini lebih kemas, comel dan nampak muda, sekilas pandang ia seakan seekor Pikachu. Lampu depannya bersaiz lebih besar dan berbentuk agak bersegi, yang digabungkan dengan jeriji signatur Honda yang ada pada model terkini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Bahagian bamparnya pula lebih ringkas dan nampak agak sporty. Dari sisi nampak seperti ia mengekalkan DNA reka bentuk Jazz/Fit 2020 yang menampilkan tiang-A yang nipis dengan satu cermin yang agak besar di belakangnya. Garis lekuk badan yang lebih ringkas di bahagian sisi menjadikan rekaan ini lebih moden, minimalis dan kurang berserabut.

Agak malang hanya gambaran depan sahaja yang ada buat masa ini, tetapi secara keseluruhan hasil gambaran artis sangat memuaskan dan mungkin tidak jauh berbeza dengan rekaan sebenar. Generasi baharu Jazz/Fit akan dikuaskan oleh pilihan enjin petrol dan diesel (untuk pasaran Eropah), antaranya enjin tiga silinder petrol 1.0 liter turbo, enjin 1.5 liter diesel, enjin hibrid 1.5 liter yang dikongsi bersama dengan Insight dan mungkin satu lagi varian elektrik sepenuhnya.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Dikatakan penjana kuasa elektrik itu nanti bakal mencabar Nissan Leaf dan mempunyai jarak pemanduan sekitar 300 km. Jazz/Fit 2020 bakal menerima saingan sengit dari beberapa pencabar seperti Volkswagen Polo, Ford Fiesta, Mini Cooper, SEAT Ibiza, Suzuki Swift, Citroen C3, Mazda 2, Toyota Yaris, Hyundai i20, Nissan Versa, Chevrolet Sonic, Kia Picanto dan generasi baharu Opel Corsa.

Besar kemungkinan ia akan membuat kemunculan sulung semasa Frankfurt Motor Show 2019 yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan September atau di Tokyo Motor Show yang ke-46 pada bulan Oktober. Apa pendapat anda mengenai gambaran digital Jazz/Fit 2020 ini?

Pada kami agak biasa sahaja tiada yang terlalu mengujakan, tapi harus diingat ini hanyalah gambaran artis sahaja, bukanlah model yang sebenar. Kami amat berharap model sebenar akan memberi lebih kejutan. Nantikan!

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply