ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Perodua Tweckbot kembali sempena Hari Raya Aidil Adha dan Merdeka

Berita Tempatan

Views

Perodua Tweckbot kembali bersempena sambutan Aidil Adha dan Merdeka yang bakal tiba tidak lama lagi. Program perkhidmatan pemeriksaan kenderaan mudah alih percuma ini telah dilaksanakan sejak 2011 dan telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan.

Tweckbot menyediakan khidmat masyarakat menerusi pemeriksaan kenderaan sebagai persediaan untuk pemanduan jauh untuk pulang ke kampung halaman semasa musim-musim perayaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pemeriksaan Tweckbot 50-poin merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Semalam, Perodua telah menyertai majlis pelancaran Program ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, di mana pasukan Tweckbot berjaya memeriksa sejumlah 60 kenderaan pelanggan.

Lokasi Tweckbot seterusnya adalah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS Rawang arah utara pada 24hb dan 25hb Ogos ini, bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang. Pelanggan yang memeriksa kenderaan Perodua mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar yang boleh digunakan untuk menebus diskaun 20 peratus bagi pembelian alat ganti dan aksesori di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Perodua juga mengadakan pameran di lokasi acara dan mendekati masyarakat tempatan menerusi pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menyampaikan dan menyebarkan mesej keselamatan. Turut dipamerkan adalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp ISOFIX serta inisiatif-inisiatif keselamatannya sehingga kini.

Sempena Aidil Adha dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Perodua berharap mereka dapat berkongsi pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan dengan masyarakat Malaysia serta dapat membebaskan minda rakyat untuk lebih mengutamakan keselamatan dalam setiap aspek kehidupan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply