ARKIB

KATEGORI

Tular

Peserta mabuk dipercayai punca ‘insiden pergaduhan’ di Desaru International Bike Week (DIBW) 2023

Berita Tempatan

Views

Acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 yang berlangsung di Pantai Desaru dekat Kota Tinggi sejak Jumaat, dicemari insiden kekecohan dipercayai membabitkan dua kumpulan peserta semalam.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan berlaku insiden pertengkaran antara dua pihak pada sebelah petang yang kemudian dikatakan berlanjutan sehingga ke malam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam satu video berdurasi 4 minit 25 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah siang, kelibat beberapa anggota polis dilihat berjaya mengawal pertengkaran yang berlaku.

Bagaimanapun, satu lagi video berdurasi 76 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah malam, keadaan seperti tidak dapat dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi dalam kalangan mereka yang terbabit.

Berdasarkan video berkenaan, turut kedengaran suara individu yang menyatakan kebanyakan peserta yang terbabit dalam insiden kekecohan itu sedang mabuk.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Difahamkan, insiden berlaku membabitkan peserta antarabangsa, namun sekali gus turut memberi kesan kepada peserta tempatan. Pengesahan kejadian dan maklumat lanjut daripada polis sedang diperoleh.

DIBW 2203 adalah festival dan pameran antarabangsa yang dianjurkan selama tiga hari bagi meraikan gaya hidup permotoran. Dianggarkan festival itu menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung kali ini.

Objektif DIBW yang bermula pada 2019 adalah untuk menyatukan penunggang motosikal di seluruh rantau ini dalam perpaduan dan perayaan gaya hidup permotoran selain sama-sama mempromosikan budaya, masakan dan sukan tempatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply